Aku anak Malaysia

Assalamualaikum dan selamat sejatera semua. Salam satu Malaysia. heheh..skima la plak aku ni. Lama aku x mengupdate blog ni, sebab aku buzy dengan persiapan pulang ke tanah air. Sekarang aku dah pon balik, baru ade masa nak update blog.huhu
Hari ni dah 30 ogos 2010, lagi sehari lagi untuk kita sampai ke tarikh 31 ogos dimana kita akan menyambung ulang tahun kemerdekaan kali ke 53 semenjak kemerdekaan dicapai pada tahun 1957 lagi. Alhamdulillah, bersyukur banyak-banyak sebab negara kita sudah bebas dari penjajah sudah sekian lama walaupon ade lagi kesan-kesan peninggalan penjajan sampai sekarang, namun Malaysiaku tetap gah dan terus membangun seiring untuk kemajuan semua kaum di Malaysia.
Aku bangga jadi anak Malaysia. Aku bangga dapat menjadi duta kecil Malaysia ke Jepun. Aku bangga dan berterima kasih kepada semua pengorbaan yang telah dilaksanakan oleh semua pejuang-pejuang tanah air kita dari sebelum kemerdekaan sehingga pemimpin-peminpin sekarang yang telah berjaya membangunkan negara ini.
Sekian celoteku untuk hari ini, x banyak untuk disampaikan sebab mood aku sekarang mood kemerdekaan..sekian..
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53 kepada seluruh rakyat Malaysia yang berada di seluruh dunia…
I love Malaysia.





selamat hari merdeka…