BUDAK KAMPUNG AKAN KE JEPUN

CHAPTER1

Aku seorang budak kampung. Lahir di Kelantan. Membesar di Kelantan. Sekolah pon di Kelantan. Tetapi, satu ketika dulu aku telahpun meninggalkan Kelantan. Ini disebabkan aku telah terima satu tawaran istimewa yang susah untuk aku tolak. Aku dapat ke Jepun. Wow, tak pernah aku terfikir ke sana selama ni. Cita-cita asalku adalah juruterbang, tapi sekarang dah terbalik. Tak mengapa, rezeki Allah tentukan.

Back to the story. Selepas itu, aku pon mengdaftar diri di program intensif bahasa jepun di Klang selama 3 bulan. Di situ lah kali pertama aku belajar di luar Kelantan dan aku terpaksa tinggalkan family aku buat kali pertama dalam hidup aku. Memang aku homesick sangat-sangat. Siap tanda calendar lagi, menghitung hari sebelum pulang. Tapi apakah daya, masih ade hamper 3 bulan ketika itu.

Di kompleks rakan muda itulah aku mengenali kawan-kawan aku yang datang jauh dari pelusuk Malaysia. Ade dari sabah, Sarawak dan ade jugak jauh dari perlis(Mido). Disini aku bermula berkenalan, berkawan dengan orang-orang luar(buke ore klate), macam mana nak kecek luar, dan disini lah aku mula-mula mengenali huruf-huruf hiragana dan katagana. Pengalaman belajar bahasa jepun memang penat tak terhingga. Akan tetapi, 3 bulan itu dapat aku tempuhi dengan sederhana.

Tidak lama kemudian aku terima panggilan telefon oleh Kak Nurul(klate) yang memberitahu aku bahawa aku diterima masuk ke program JAD dibawah Yayasan Pelajaran MARA. Alhamdulillah, tak sangka aku dapat ke Jepun. Tapi apakah daya, sebelum ke Jepun aku kene hadapi lagi 3 tahun, bukan 3 bulan sebelum fly.

Selepas itu aku mengdaftakan diri aku sekali lagi di program JAD yang berlangsung di kampus UNISEL Shah Alam. Disini lah aku dan kawan-kawan aku bakal menuntuk ilmu sebelum terbang ke Jepun. Masuk di tahun 1 sebagai pelajar Matrik dan tahun 2 sebagai  U1 dan seterusnye tahun 3 sebagai U2. Sepanjang tiga tahun disini sebenarnye pendek dan tak terasa erti masa itu berlalu sangat pantas. Hari-hari berlalu dengan laju, isnin dan selasa pergi jissyu dan jikken, kuiz zairyou,ryuutai,netsu dan macam-macam lagi. Test bahaya jepun dari level 3 hingga level 1 aku ambik. Sekarang kami semua tinggal 1 langkah lagi sebelum fly, iaitu final exam(kimatsu shiken).

Sensei-sensei dah menunjukkan tanda kesedihan, kami pun turut merasa akan tiba saat kami meniggalkan program ini dan ada antara sensei yang akan menyambung kerja masing-masing ke negara lain. Aku sendiri merasa program ini akan kami tinggalkan tak lama lagi. Hari ini hari terakhir jugyou dalam kelas kikai, suwa sensei dah bagi warning(supaya jgn lupakan dia), suwa sensei pun dah menunjukkan kesedihannya kerana kami pelajar istimewa baginya. Tak lupa pada miyahara sensei yang disayangi, juga menunjukkan gaya sedihnya.

Kawan-kawan ku yang dikasihi, tak lama lagi kita akan ke jepun, sensei-sensei maybe tak dapat jumpe lagi, aku harap di saat-saat akhir ini kita sama-sama jadikan segala program di depan kita sebagai the sweet memory ever. kita kene bagi sensei-sensei dan YPM stuff sume kandou(terharu) dengan kebolehan batch kita. Exam kita kacang betul-betul, kasi sume result gempak-gempak belaka dan dinner nanti kita layan betul-betul ye. Jangan lupa bagi support band kita jugak ye.

Terima kasih semua yang terlibat, segala pengorbanan dan support selama ini amat dihargai. Jumpe lagi di chapter 2. K.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: