Archive for July, 2010

Cara memendekkan 30 hari.

Lambatnye nak balik Malaysia. Ini la sebab beli tiket awal sangat. Orang laen beli lewat sket tapi aku tak sabar nak beli, tup-tup salah atur jadual. Hasilnya aku terpaksa tunggu sebulan lagi before boleh balik Malaysia. Sem 1 nye exam dah abes dua minggu lepas, tapi masih tak balik ke tanah air.

Macam mana aku nak hadapi 30 hari itu? Aku perlu pelan yang teratur supaya aku tidak bosan di sini. Apa aku nak buat dalam masa 30 hari? Adakah aku nak berbaito(kerja part-time), jalan-jalan buang duet, ataupon shopping?  I need to make a good plan.

Setelah memikirkan perkara diatas, aku berjaya menghasilkan 1 pelan je, x ade backup plan pon. so, apa aku nak buat dalam masa 30 hari?

1) aku pergi baito di dai(university) aku

Sebanarnya dah banyak hari aku buat baito ini, today pon buat, baru je pulang. Biasanye kene angkat meja dan mop lantai,tapi  hari ini aku dijemurkan oleh pakcik baito tu dan dipaksa memanjat dinding untuk buang sarang labah-labah. Setelah hampir 8 jam bekerja, aku bergegas pulang dan sedang mengupdate blog. Baito di dai ini akan tamat untuk beberapa hari lagi, untuk memenuhi pelan cuti aku ini, aku dah mintak baito laen, tapi x tau dapat ke tak, sedang menunggu panggilan dari syarikat tersebut je. InsyaAllah dapat. At least aku dapat penuhkan masa dan tingkatkan pendapatan sampingan ku disini..huhu

2) aku masuk pasukan 鳥人間(bird man rally)

Korang tau tak ape ini? ini adalah pertandingan membina kapal tebang yang menggunakan tenaga manusia untuk terbang. Tak ade engine, tapi kene kayuh sendiri. huhu. Aku baru je diterima masuk kumpulan ini dah telah dimaklumkan akan memulakan pembinaan kapal terbang tersebut dalam beberapa hari akan datang. Aku dan kawan2 jepun yang laen akan bina K.terbang ini dan dijangka akan diterbangkan dalam pertandingan Bird Man Rally tahun depan. Pertandingan ini sangat popular di Jepun dan kalau nak tau lebih lanjut apa itu bird man rally, sila tonton video di bawah…

3) aku akan ke Osaka untuk berpuasa bersama dengan sahabat yang amat dirindui

Asyik pusing Tokyo je, nak rasa bandar Osaka plak. Dengar khabar orang Osaka lagi baek dari orang Tokyo, adakah ia benar? nanti aku cari jawapannye… Aku rindu same korang sume yang berada di sekitar Osaka sekarang ni. Dah berbulan dah tak jumpa. Tak lama lagi, untuk 5-7 hari, insyaAllah aku akan bertandang dirumah kawan2ku di sana. Kepada Aizzat, Afif, Atoi,dan ramai lagi, tunggu kedatangan ku..Lagipon apa yang best sangat tentang Osaka?orang kata kalau datang Osaka tak sah kalau x bergambar di sini, ye ke?   lihat video dibawah…

4) aku akan shopping untuk bawak pulang sedikit sebanyak ole2 ke Malaysia

Kalau ade duet lebih dari baito aku untuk musim panas tahun ini, aku plan nak beli barang2 sket untuk sedara, kawan2 aku kat Malaysia, lame x jumpa korang, biasanya kat Malaysia pon jarang je jumpe, so tak rindu mane pon..hahaha..Untuk family dan adik beradik ku, aku dah prepare hadiah untuk korang sume, tahun ni boleh beraya dengan abe.hoho

Konklusinye, kesemua aktiviti di atas akan mengambil masa 20-25 hari. So, aku harap ia memang dapat membantu aku memendekkan 30 hari yang membosankan ini..yosh….

Advertisements

Rumah masa depan

Bila disebut-sebutkan dengan ruma masa depan mesti terbayang difikiran anda yang rumah tu boleh bercakap, ade robot, robot tukang masak, robot basuh kain dan macam-macam lagi kan. Cuba korang luaskan pemikiran, apa itu rumah masa depan..

Bagi aku, aku suka rumah yang modern, tak bermaksud rumahku nanti memakan kos sehingga berjuta-juta ringgit. Aku cuba inginkan rumah yang agak luas, simple design dan modern. Kalau kita tengok rumah orang kaya kat seluruh dunia ni kalau mau bina rumah modern dan up to date mesti kene bina dalam hutan, atas bukit, mengadap gunung atau pun laut. Sebenarnya rumah macam ni memang cantek, tetapi makan belanja sangat besar untuk sediakan asas rumah tersebut.

salah satu contoh rumah masa depan di California,USA.

Dalam kes seterusnya, kalau anda dah kawen, anda mesti akan mencari rumah kan, rumah macam mana anda inginkan? adakah seperti video dibawah ini?ade la sedikit pengajaran dari video ini, jangan rosakkan hubungan suami isteri hanya kerana rumah…moga-moga korang faham video ni..

Kalau aku, aku mahu bina rumah yang tak berbumbung dan tak beratap….cuba korang fikirkan..

Cerita si perantau

Dah dua hari aku tak update blog, kini kembali lagi. Aku sibuk 2 hari lepas, maklumla ke hulu ke hilir mencari baito(part time job). Hari ini aku nak kongsi pasal pengalaman aku sepanjang merantau cari kerja tak balik2 selama dua hari.

Aku call syarikat Ajis untuk mecari kerja, then dapat pergi interview semalam, aku kuar rumah 2 hari lepas koz tempat tu jauh,Yokohama. Aku tumpang semalam di rumah senpai berdekatan Yokohama. Sebenarnya sempat je nak bertolak pagi semalam untuk ke interview tu tapi maklumla, tido susah nak bangun.

Nak kata panas tak panas Jepun sekarang ni, suhu dah mencecah maksima 38 celcious tau. Dalam buletin jepun bgtau dah 127 orang pengsan dan diwadkan sebab panas. Memang panas pon, aku jalan sket dah berpeluh. Duat pon abeh beli air je keja, entah berapa banyak air aku minum sekarang ni. Dari Yokohama stesen aku jalan kaki, tak sampai 500 meter aku jalan, baju ku dah basah, dahla nk pegi interview, pakai navy iphone, tak ku jumpe jugak  tempat tu. Haha, maka sesat la di ditu. Tapi rezeki masih ade aku jumpa tempat tu, then sempatla aku interview. Dapat tak dapat kerja tu hanya tunggu panggilan phone dari syarikat tu je. Aku nk sangat baito ni sebab kerjanya diwaktu malam, so x adela panas kan. Tengah hari plak waktu membuta.hahah.

Lepas je interview, aku pon jalan2 kejap before naek train balik ke Hachioji lepas magrib. Perghh, padat macam sardin aku dibuat dalam train. Dahla kedua tanganku penuh dengan barang, aku berdiri tanpa memgang pape pon untuk sejam.Dari Hiyoshi ke Shibuya ke Medaimae ke Hachioji aku berdiri je.. Memang perit aku semalam.

Entah ape aku bebel ni.hahaha ..Jomla layan lagu kat bawah ni..sesuai untuk musim panas

Kekejaman ekonomi dunia J###n

Kejam kan tajuk post ni kan? dah tu tulis kejam memang nampak macam kejamla. Bukan apa pon, aku just nk cerita pasal ekonomic sket today. Kejam tak kejam ekonomi dunia sekarang ni, minyak punya pasal rakyat yang terasa kan?Aku pon hairanla, dalam kes aku ni, aku duk jepun, jauh bezanya dari Malaysia, memang berganda-ganda nilai matawangnya. Apa-apa pun harga barang kat sini memang mahal. Kalau kat Malaysia, kalau naik bas, dari Shah Alam ke Kuala Lumpur dengan Rapid KL maybe dalam 2,3 ringgit je kan. Tapi kalau kat sini, sekali naek bas, lebih sepuluh ringgit walaupun jaraknya dekat. Itu tak dibandingkan lagi dengan naek train jepun. Sangat-sangat mahal. Tapi servisnya berganda baeknya dari negara kita. Dah la laju, tepat pada waktu, kalau nak dibandingkan dengan KTM tu, ermmmm. No comment kot.

Aku sebenarnya frust ni, entah apa aku bebel kat atas tu. Tadi aku nak ke pejabat imigresen(nyukoku kanri) di Tachikawa, pegi punye pegi, tutup plak. Hari ini dahla Isnin, tapi tutup, rupa2nye bila pe tanye di kedai, orang tu cakap today cuti umum..hoho. Maka ketentionan disitu.  Dari situ baru la aku prasan yang benda kat Jepun ni mahal. Pagi tadi topup suica(macam touch n go) 1000yen, tapi time balik tengok dah kering krediknya,gara-gara naek train n bas. Padahal before this tak perasan pon yang transportation  sini mahal gila.

Apa-apa pon mintak maaf atas celote aku tadi..hoho..Untuk chear up sket, jom layan video kat bawah…

Beginikah lelaki? (18sx)

AMARAN : untuk bacaan orang dewasa sahaja(18 tahun keatas)

Kalau kita pegi shopping ke, kuar makan-makan ke ,tetiba lalu sorang pompuan cun, mesti ade je laki tengok kan.”tengok-tengok, cun siot”. Ayat ni ayat biasa terkeluar bila nampak pompuan cun..hahaha..Tapi tak semua laki jenis begitu, ataupun semuanye begitu? Dah macam-macam statistik dah orang kaji pasal benda ni, salah satu ujian yang kita leh ambik contoh,sila tonton video kat bawah.

Apa korang rasa? boleh kata semua laki tengok kan polis pompuan tu. Hohoho..Dalam kes kedua, lelaki lebih mudah peka terhadap pompuan bila pompuan tentinggal something yang tertarik kan? cthnye benda warna biru tadi tu kan..hoho..tetapi dalam video tadi tu cuma nak test orang laki je sama ade pervet ataupon baek hati…

Kes ketiganya pasal kedai bogel tu. Haahha, x leh belah aku tengok. Mat saleh sendri x percaya ade kedai macam tu walaupon diorang dah terbiasa berbogel. Ade yang layan je dan ade jgk yang buat-buat x nak tengok..Mintak maaf la koz topik ni topik orang tua sket..

Diharap ade sesapa nak mengomen kat bawah ni..

cara memotivasikan diri dalam pelbagai situasi [1]

Dalam hidup ni bermacam-macam masalah yang dihadapioleh semua orang. Ada yang nk berjaya, ada yang nak jadi suami kepada pompuan cantek, ada yang nk jadi nakal dan bermacam-macam lagi. Dalam kepala setiap orang macam2 perkara yang berpusing2 kan. Tapi sekarang ni aku nak memotivasikan diri dalam 3 situasi. Dalam ketiga-tiga situasi ini memang menjadi isu hangat bagi diriku. Aku menulis perkara ni sebab nk share dan nk bagi semangat kat diri aku jugak sebenarnya..hohoh.

1) Bagaimana nak stay on diet?

Bab2 diet ni sensitive sket kan lebih2 lagi bagi pompuan. Aku pon ngah berusaha  untuk diet ni. Tapi kan susah sangat nk stay on diet nih. Selama aku duk Jepun ni memang la semangat nak diet, tapi rupa-rupanya baru ku mengerti yang diet ni ade musim jugak. Dalam kes musim2 ni aku tuju kat diri aku la. Sekarang musim panas, selera makan naek mendadak, bahaya betul. Ketika abes je musim sejuk hari tu aku semangat la nk diet, sekarang ni tak maintain sangat jadinye. Suke sangat beli karamucyo(salah satu jajang yang famous kat jepun). Ape2 pon jom dengar pakar nak bagi nasihat moga2 kita konsisten.

2) Bagaimana nak menjadi seorang yang kaya?

Kaya? aku memang nk jadi kaya, semua orang nak. Sejak kecil lagi impian aku nak jadi orang kaya. Tapi bagaimana nak jadi kaya? aku tertanya-tanya pada iri aku mcm mana aku nak jadi kaya. tiada idea nk memulakan business sendri. kalau adepon cume idea biasa2 je. Time tengah2 down nak memotivasi kan diri, aku perlukan pakar untuk bagi aku semangat. Jom lihat video dibawah.

3) Bagaimana nak improve dalam pelajaran?

Bab belajar ni memang aku suka. Aku memang suka belajar, kalau boleh aku nk habeskan degree aku, then sambung master n kalau ade rezeki lagi aku nk ke PHD plak. Tapi time belajar tu kadang2 semangatku hilang, aku mundur, larut dengan hiburan dunia, buang masa berfb, dan maca2 lagi. Tapi bila musim exam dah dekat macam mana nak handle semua yang tertangguh? bagi aku kalau study tu biarla smart walaupon x hard mana pon..Untuk mendapatkan tip2 belajar jom saksikan video ini…

Aku like gitar

Aku dulu time kecik2 x minat main gitar. Tapi bila dah umur dah mencecah 16 tahun, rasa nak maen gitar tiba2 datang. Rasa macam kakkoi(macho) gila kalau leh main gitar. Ketika aku form 5, aku blikan gitar sebagai hadiah hari lahir untuk adik laki aku, dia x minat pon maen gitar. Maybe tu alasan aku sebab nak maen gitar sebenarnya. hohoho.

Then, aku meminta sorang guru gitar datang rumah ku setiap petang supaya mengajar aku basic2 gitar. Dia bukan guru official, tapi kawan kak long aku. ilmu nye diturunkan secara percuma. Bagi memendekkan cerita, dia ajar aku basic gitar untuk beberapa bulan dan selepas tu aku belajar sorang2. Belajar skill, chord plik2, semua hentam.

Bila tamat SPM, sambung je JAD n kat situ aku bertemu sifu gitar sejati, JACK Lazim. datangnya dari Sabah, mantap giler skill gitarnye. Dari situlah kami tubuhkan band kami n pada mulanya macam apa entah, maen hentam saja. Tetapi lama kelamaan, Bass man-Afif,Dram boy-kimi,Solo gitar-Jack,aku-second gitar dan vokal terbaek yang x pernah aku jumpa-Atoi, semua makin mantap sehinggalah recently kami berpisah di Jepun, semua bz dengan blajar. Actually miss u guys. Bila agaknya kita nk jamm lg ek?

jom tonton video ni,best..lagu dari saito kazuyoshi-otsukaresama no kuni

steave vai

Kalo ikutkan hati nak jadi macam steave vai kat atas tu, mantap siot dia maen gitar. suka sangat lagu-lagu solonya. really did inspire me. Tapi nak jadi pemain gitar hebat ni susah sket, banyak masa dan pengorbanan perlu dibuat. Sekarang dah 4 tahun aku maen gitar, nak kata pro sgt x jugak, tengah2 kot. Tapi kalo nak blaja solo mmg susah, nak hasilkan bunyi yang clean dan sedap didengar bila solo laju dibuat tu memang makan masa nk train jari supaya gerak laju. apa-apa pun, usaha tu penting.

kalo dah pandai jganla buat mcm video kat bawah nih..

kesian mamat ngah tdo tuh..hohoh

Advertisements