Archive for July 10th, 2010

Kemah-kemah biru dan bilik cyber menjadi simbol kemajuan Jepun

Pertama kali aku datang jepun aku lihat banguna besar-besar,kereta pelik-pelik yang tak pernah sampai di malaysia. aku kagumi kemajuan Jepun, tapi ade slack jugak kat jepun ni, korang boleh tengok kemah-kemah biru wujud di sekeliling bandar jepun.

Sebagai contoh, aku pegi shinjuku pada satu hari, aku pergi waktu malam, ketika berjalan di kawasan pejalan kaki aku nampakla benda-benda yang membuat aku rasa ade jgk ke bnda camni kat sini. memang ade pon.¬†aku tertanya-tanya apakah benda ni(orang klate ckp nate gapo nih). rupe-rupenya kemah biru tu sebenarnya rumah orang tak ade rumah*homeless*. kesian aku tengok, dikatakan negara ini maju dari segala segi tetapi ade slack jgk disitu rupanya. adakah kerajaan diorang yang salah, adakah diri sendiri yang salah kerana tak mahu kerja, ¬†tengok video ini…

TAPI, ade jugak yang homeless dalam kategori laen. dalam video tadi homeless tu tido dalam kotak dan kemah biru kan, tapi yang ni plak diorang tido dalam bilik cyber. diorang nye masalah sama je tetapi kes ini diorang mampu sikit untuk cari tempat berteduh dengan 500 dollar sebulan.

Advertisements
Advertisements