Archive for August, 2010

Aku anak Malaysia

Assalamualaikum dan selamat sejatera semua. Salam satu Malaysia. heheh..skima la plak aku ni. Lama aku x mengupdate blog ni, sebab aku buzy dengan persiapan pulang ke tanah air. Sekarang aku dah pon balik, baru ade masa nak update blog.huhu

Hari ni dah 30 ogos 2010, lagi sehari lagi untuk kita sampai ke tarikh 31 ogos dimana kita akan menyambung ulang tahun kemerdekaan kali ke 53 semenjak kemerdekaan dicapai pada tahun 1957 lagi. Alhamdulillah, bersyukur banyak-banyak sebab negara kita sudah bebas dari penjajah sudah sekian lama walaupon ade lagi kesan-kesan peninggalan penjajan sampai sekarang, namun Malaysiaku tetap gah dan terus membangun seiring untuk kemajuan semua kaum di Malaysia.

Aku bangga jadi anak Malaysia. Aku bangga dapat menjadi duta kecil Malaysia ke Jepun. Aku bangga dan berterima kasih kepada semua pengorbaan yang telah dilaksanakan oleh semua pejuang-pejuang tanah air kita dari sebelum kemerdekaan sehingga pemimpin-peminpin sekarang yang telah berjaya membangunkan negara ini.

Sekian celoteku untuk hari ini, x banyak untuk disampaikan sebab mood aku sekarang mood kemerdekaan..sekian..

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53 kepada seluruh rakyat Malaysia yang berada di seluruh dunia…

I love Malaysia.

Advertisements

Yatta!, aku berjaya ke Osaka

Salam semua. Lama aku tak mengupdate blog aku ni,hoho. Aku sebenarnya menunaikan cara2 memendekkan 30 hari tu, dan aku hampir2 berjaya. Masih ade lagi 9 hari before tamat 30 hari tu, bakinya nanti aku sedang habiskannya dengan jalan2 di Tokyo lak..Aku sebenarnya baru pulang dari bercuti di Osaka dan kawasan sekitarnya untuk seminggu lebih. Aku teramat-amat puas hati pegi jalan sana. Aku merantau time2 pose cam ni,fuh, terbaek punye.

Sepanjang perjalanan aku jumpa bermacam-macam orang, bermacam-macam ragam dan perangai orang. Aku jumpa orang islam dari macam-macam negara, bertukar-tukar pendapat dan macam-macam lagi.

Rupa-rupanya dalam Jepun ni ade pelbagai jenis peraturan dan pemikiran sebenarnya. Aku hidup di Tokyo, tetiba pe Osaka(kansai) memang laenla peraturannya. Sistem keretapi pon laen, masyarakatnya lebih baek hati berbanding masyarakat di Tokyo ni. Tetapi, orang Kansai ni suka bawak kereta laju2, takut aku dibuatnya, style Malaysia jugak diorang ni semua.hohoh.

First day sampai di Osaka aku terus pergi USJ(Universal Studio Japan). Memang best ar situ, dahla kena pam oleh kekawan suh naek roller coaster tu, memang jerit macam pompuan la aku. hoho. Bukan tu saja, macam-macam game yang menakutkan aku telah dipam suh mencuba, hasilnya sama, aku jerit macam pompuan..

Objektif penting aku tercapai sebab aku berjaya sampai di Osaka Namba, bak kata Aflin Shauki, tak sah kalo tak ambik gambar disitu. Aku dah mengesahkannya. Lihat dibawah.

yatta, aku berjaya

Pape pon, kegembiraan ku ditenggelami oleh keletihan yang amat dasyat apabila kami memilih untuk pulang pakai tiket 18 ataupon (18 kippu). Ini adalah tiket penghargaan dari jepun kepada orang muda yang masuk umur 18 tahun supaya mereka travel. Tiket ni murah berbanding naek shinkansen.Tapi, kepenatan menaikinya memang terasa. Hahaha, bertolak dari Osaka jam 6 pagi dan tiba di Tokyo hampir2 12 jam kemudian, dahla pose,huhu nasib baek tak tergadai pose ku.Untuk sampai ke Tokyo kami terpaksa lompat train lebih dari 8 kali, fuh, penat dowh.

Banyak je gambar aku snap time pegi sane,kalo nk tengok gambar2 ku ketika di sekitar Kansai,bolehla ke profile Facebook ku..klik disini

Panjang aku membebel ari ini. Maklumla lama tak update, saje nk kongsi pengalaman ngn korang sume, anyway, aku enjoy cuti musim panas aku tahun ni di Jepun. Masih tinggal beberapa hari before balik Malaysia, yeii.

Aku dah berjaya ke Osaka, anda bila lagi? hahaha,ayat iklan..layan vide kat bawah ni

Berhati-hati dengan kamera

salam..kalo tengok tajuk di atas tu, macam frust je maksudnya. Bukan apa pon, tapi saje nk bercerita pengalaman sket bila dah larut dengan kamera.

Beberapa hari lepas aku dan rakan2 ku pergi menyaksikan pertunjukkan bunga api di Minato Mirai. Kami pergi dalam beberapa kumpulan, sampai2 tengok berjuta2 manusia di situ. Sampai2 tengok2 pertunjukan dah bermula, apa lagi alang2 kamera dah ditangan, apa yang penting semua dah lupa, asyik snap gambar bunga api je. Sepatutnya kami semua perlu stay together, jikalau sesat pon GPS iphone kan ade.

Tapi, GPS ke ap ke x leh pakai kalau benda tu x ade ditangan. Inilah kisah yang agak sedih yang aku dan sorang rakanku yang tersesat dalam manusi yang berjuta2 itu. Apa yang ade ditangan kami hanyalah 2 biji kamera dan 1 biji wallet(aku punya). Kawan2 kami yang laen telah meninggalkan kami.

Kami x tau nk cari diorang cmne, handphone x ade,diorang pegang time tu. Apa lagi,pasrah x terhingga sehinggakan kami hanya mampu isi masa dengan snap gambar je. xtau nk cari macam mana, apa yang ade dalam kepala hanya i need to find public phone. Cari nye cari akhirnya jumpala, tapi Jepun ni canggih sgt,duet syiling x leh pakai. Setelah sejam sesat, jumpa 1 biji public phone yang pakai duet syiling. Alhamdulillah.

Tapi, ade satu lagi masalah, duet syiling terhad. Call diorang x angkat2, fuh, ujian memang besar sekali. Adakah kami perlu balik dahulu tampa mencari diorang? adakah kami perlu je tunggu diaorang di stesen keratapi? Nasib kami baek, kami beraya call diorang dengan duet syiling yang terhad. Rupa2nye diaorg duk 1 stesen jauh dari kami, diorg sedang mkn rupa2nya.

Alang2 kami pon ngh lapar giler, kami berjaya sampai di sana. Alhamdulillah…

Tapi ade jgk pengajaran yang aku terima…

1)  Jangan terlalu sibuk dengan kamera

2) Jangan percaya polis cakap(sebab diorang mcm x tahu pape)

3) Lapar boleh selesaikan masalah.

Seorang guru yang banyak berjasa

Esok, Mika Ishibashi sensei, sensei bahasa jepun kami akan meninggalka Jepun setelah bersara dari Program JAD dan beliau akan pindah ke sebuah negara laen berhampiran Russia untunk menyambung tugas yang sama seperti beliau telah memegang amanah selama ini iaitu seorang guru Bahasa Jepun.

Beliau telah mengajar batch aku selama 2 tahun dan merupakan seorang guru yang sangat berdedikasi, baek hati dan suka bergaul dengan anak muridnya. Merupakan seorang guru yang aktif, sentiasa bergiat dalam aktiviti yang dianjurkan YPM.

Terima kaseh sensei, jasamu tetap kami kenang. Petang ini kami akan keluar beramai2 bersama Ishibashi sensei ke Minato Mirai untuk menyaksikan pertunjukkan bunga api, moga2 kesempatan ini kami semua dapat berterima kasih kepada sensei dan moga2 sensei gembira. Kepada sesiapa yang ade di sekitar Tokyo ni, sila lah datang petang ini ye..ape2 contect aku.

先生のおかげで私たちは今のところまで立つ。どもありがとうごうざいました。

また会いましょうか。。。

Advertisements