Yatta!, aku berjaya ke Osaka

Salam semua. Lama aku tak mengupdate blog aku ni,hoho. Aku sebenarnya menunaikan cara2 memendekkan 30 hari tu, dan aku hampir2 berjaya. Masih ade lagi 9 hari before tamat 30 hari tu, bakinya nanti aku sedang habiskannya dengan jalan2 di Tokyo lak..Aku sebenarnya baru pulang dari bercuti di Osaka dan kawasan sekitarnya untuk seminggu lebih. Aku teramat-amat puas hati pegi jalan sana. Aku merantau time2 pose cam ni,fuh, terbaek punye.

Sepanjang perjalanan aku jumpa bermacam-macam orang, bermacam-macam ragam dan perangai orang. Aku jumpa orang islam dari macam-macam negara, bertukar-tukar pendapat dan macam-macam lagi.

Rupa-rupanya dalam Jepun ni ade pelbagai jenis peraturan dan pemikiran sebenarnya. Aku hidup di Tokyo, tetiba pe Osaka(kansai) memang laenla peraturannya. Sistem keretapi pon laen, masyarakatnya lebih baek hati berbanding masyarakat di Tokyo ni. Tetapi, orang Kansai ni suka bawak kereta laju2, takut aku dibuatnya, style Malaysia jugak diorang ni semua.hohoh.

First day sampai di Osaka aku terus pergi USJ(Universal Studio Japan). Memang best ar situ, dahla kena pam oleh kekawan suh naek roller coaster tu, memang jerit macam pompuan la aku. hoho. Bukan tu saja, macam-macam game yang menakutkan aku telah dipam suh mencuba, hasilnya sama, aku jerit macam pompuan..

Objektif penting aku tercapai sebab aku berjaya sampai di Osaka Namba, bak kata Aflin Shauki, tak sah kalo tak ambik gambar disitu. Aku dah mengesahkannya. Lihat dibawah.

yatta, aku berjaya

Pape pon, kegembiraan ku ditenggelami oleh keletihan yang amat dasyat apabila kami memilih untuk pulang pakai tiket 18 ataupon (18 kippu). Ini adalah tiket penghargaan dari jepun kepada orang muda yang masuk umur 18 tahun supaya mereka travel. Tiket ni murah berbanding naek shinkansen.Tapi, kepenatan menaikinya memang terasa. Hahaha, bertolak dari Osaka jam 6 pagi dan tiba di Tokyo hampir2 12 jam kemudian, dahla pose,huhu nasib baek tak tergadai pose ku.Untuk sampai ke Tokyo kami terpaksa lompat train lebih dari 8 kali, fuh, penat dowh.

Banyak je gambar aku snap time pegi sane,kalo nk tengok gambar2 ku ketika di sekitar Kansai,bolehla ke profile Facebook ku..klik disini

Panjang aku membebel ari ini. Maklumla lama tak update, saje nk kongsi pengalaman ngn korang sume, anyway, aku enjoy cuti musim panas aku tahun ni di Jepun. Masih tinggal beberapa hari before balik Malaysia, yeii.

Aku dah berjaya ke Osaka, anda bila lagi? hahaha,ayat iklan..layan vide kat bawah ni

    • mukaburuk90
    • September 9th, 2010

    sugoii!!! sy pon ada impian gak nak gi jepun tapi kos yg sy ambek skg ni perakaunan…so cmna ek? ada peluang ker? (i’m serious) sbb rata2 yg pegi jepun ni semua ambek kursus kejuruteraan…x jmpa lagi ngn insan2 senasib diri ini (nak smbung belajar kat jepun tapi kursus perakaunan)…try gak survey kat internet ada ker senpai2 yg dh graduate dlm bidang ni tapi cm x jmpa jer…oppss gomen-nasai terlebih plak komen ni huhu…apa2 pun ganbari masu admin!!!

    • haslini
    • August 17th, 2010

    jalan2 jgak..duet tu jgn lak tsukaikitta sgt..nati susah masa depan..nway,as my suggestion europe ek after dis..huhu..europe tour 2011..kalo mahu pegi,msti prepare duet..mari la berjimat dari awl..lalalala~

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: