cerpen

Dosa yang Lebih HEBAT dari ZINA
http://www.iluvislam.com

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam duka cita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”. Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala dia berkata,

“Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”
“Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s terkejut.
“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik.
Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita,
“Saya ……telah berzina.”

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan,
“Dari perzinaan itu saya pun……lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya……. Cekik lehernya sampai……tewas”, ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang dia mengherdik perempuan tersebut.

“Nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!”
…teriak Nab
i Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terhantuk-hantuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tidak tahu mahu dibawa ke mana lagi kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?

Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,

“Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertobat dari dosanya?

Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat.

Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina Dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.

“Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”
” Ada !” jawab Jibril dengan tegas.

“Dosa apakah itu?” tanya Musa kian penasaran.

“Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti mereka seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur’an, membunuh 70 nabi Dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, Kemudian dia mengqadanya, maka dia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 Hari, sedangkan satu Hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.Dasyatnya azab neraka.

Demikianlah kisah Nabi Musa Dan wanita pezina Dan dua hadist Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi Kita Dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqamah.Insyallah.

Fastakim Kama Umirta
from iluv islam.com
Persoalan Pemuda

oleh: khilafah17

Ada seorang pemuda mempunyai persoalan yang merunsingkan pemikirannya. Jadi dia ambil keputusan untuk bertanya pada tok imam di kampungnya.

Pemuda: Saya ada tiga soalan yang ingin bertanya pada tok imam:

Soalan pertama; Tunjukkan kepada saya bukti kewujudan tuhan itu?

Soalan kedua; Apa yang dimaksudkan dengan takdir?

Soalan ketiga; Syaitan dan neraka diperbuat daripada api, tetapi mengapakah syaitan dicampak kedalam neraka dan bukannya kedalam air?

Lalu tok imam menampar pemuda tersebut dan berkata.

Tok imam: Tamparan ini untuk menjawab ketiga-tiga soalan tadi, sakit tak tamparan itu?

Pemuda: Tentulah sakit!

Tok imam: Boleh tunjukkan pada saya rasa sakit itu?

Pemuda tersebut terdiam dan itulah jawapan untuk soalan pertama tadi.

Tok imam: Saya nak tanya adakah malam tadi saudara bermimpi saya akan menampar saudara atau telah tahu saya akan menampar saudara?

Pemuda: Tidak!

Jadi, itulah yg dinamakan takdir, soalan kedua sudah pun terjawab.

Tok imam: Tangan ini diperbuat daripada apa ya?

Pemuda: Tanah!

Tok imam: Jadi tamparan tadi menunjukkan pertembungan antara tanah dan tanah dan itu juga menyakitkan. Jadi, syaitan juga akan berasa kesakitan jika di humban kedalam api.

Terjawab sudah soalan ketiga.

Lalu pemuda itu pulang ke rumah dengan penuh keinsafan.

Pengajaran dari kisah ini, jangan mempersoal dan meragui kekuasaan Allah Subhanahu Wa Taala.

Takbir Terakhir
oleh: Adibah Abdullah
Matahari terbenam akan terbit semula. Fitrah alam, segalanya berlaku dalam kitaran. Cahaya yang hilang kerana terbenamnya matahari bukan kerana kesalahan sesiapa dan tidak ada sesiapa yang menjadi mangsa. Tidak perlu bersusah payah memanggil matahari kerana ia akan terbit sendiri apabila tiba waktunya. Tetapi bencana kegelapan yang menimpa manusia selalunya adalah natijah daripada dosa, yang memakan mangsa dan menyaksikan petualang bergelak ketawa. Sesuatu mesti dilakukan sebagai pembelaan, sesuatu yang menuntut keprihatinan, kenekadan dan pengorbanan.Harta anak-anak negeriku dirampas. Politikus menyalahgunakan kuasa dan memperniagakan kedaulatan negara. Fikrah umat dicemari ideologi beracun sehingga kesasar dalam menentukan batas moral individu dan perkongsian tanggungjawab. Pemimpin politikus mutlak seperti mengalu-alukan, biarkan umat mandul daripada iltizam untuk memperjuangkan kebenaran dan kemajuan sebenar. Leka dengan pertelagahan yang membazir atau hiburan yang mengasyikkan. Biarkan mereka yang berkuasa semakin berkuasa tanpa ada yang teringin atau berani memperbetulkan.

“Dan akhirnya kemerdekaan yang sudah lama kita hilang rohaniahnya, benar-benar dirampas watikahnya. Kuasa yang jauh dari jihat baratan, yang selama ini kita tonton sahaja gelagatnya merompak tanah air orang di jihat tengahan benua, sudah meluaskan langkah untuk memijak tanah kita pula. Angkatan laut lumpuh sendinya, angkatan udara patah sayapnya. Tentangan paling hebat daripada tentera darat dan polis hutan, mereka terlatih dengan perang gerila dan selok-belok hutan negara, berbanding penjarah yang mungkin tidak mengenal rimba. Tetapi itu tidak memadai, dan dalam tempoh yang memalukan – tidak sampai dua minggu penentangan – negara hilang kedaulatan..”

Gambar Hiasan


Getar suara Ruzaini memendam sebak yang tebal. Alangkah pilunya sejarah, mengulangnya bagaikan merasai kepedihannya kembali. Ruang kecil di bawah stor getah ayahku ini sunyi senyap. Dua puluh satu orang termasuk aku, kami bekas-bekas mahasiswa yang ditendang keluar kerana menderhakai dekri-dekri universiti yang mencemuh jati diri kami dan memijak-mijak ad-deen kami.

“Aneh bukan? Begitu mudah. Konon pertahanan negara sangat hebat. Konon inteligens kita paling licik di seluruh jihat tenggara benua. Hakikatnya, dicemari oleh rasuah dan penipuan, persenjataan negara begitu kuno dan ketinggalan zaman walaupun belanjawan yang besar konon diperuntukkan. Apatah lagi musuh punya perkongsian yang signifikan dalam perekonomian negara. Lebih teruk ada pengkhianat yang menderhaka kerana jaminan habuan dan desakan ancaman. Menyedari betapa lemahnya kita berbanding musuh, pesimistik dengan kejayaan, pengecut bimbang dirampas harta dan nyawa sendiri, tandus patriotisme dan jahil makna perjuangan, malah dijanjikan habuan sebagai umpan, rundingan dibuat untuk pura-pura berjuang dan pura-pura kalah, sedangkan hakikatnya perjanjian bendera putih sudah lama ditandatangani!”

Tidak ada sesiapa menyanggah. Ummi berhak membuat kenyataan sedemikian. Dia lebih mengetahui. Bapanya bekas Setiausaha Kementerian Pertahanan yang dipecat dua hari sebelum republik jihat baratan melancarkan serangan. Disingkir kerana enggan bersempudal dengan noda. Abangnya yang berjawatan tinggi dalam suruhanjaya kepolisan berkerat rotan berpatah arang dengan keluarganya, kerana prinsip si abang yang konon utilitarian. Apa gunanya bermati-matian sedangkan kita boleh mencari untung yang maksimum dengan rugi yang minimum? Dengan linangan air mata ibunya menempeleng dan menghalau tidak mengaku anak.

“Mereka merombak Parlimen. Menempatkan penguasa-penguasa mereka dengan ‘wakil-wakil’ daripada pihak kita. Bantahan warga dunia, protes OIC, ah persetankan, selama ini bukankah republik jihat baratan itu memperludahkan sahaja sebarang resolusi antarabangsa? Menggubal semula perlembagaan. Merangka semula struktur pemerintahan negara. Memansuhkan kuasa Yang diPertuan Agong dan Raja-raja Melayu. Mencabut kedudukan Islam sebagai agama rasmi.” Nadaku mendatar. Kering daripada emosi selain kebencian. “Dan menyifatkan pengamalan dan penyebaran agama terutamanya Islam sebagai kegiatan terlarang hampir subversif, melarang hijab, menyekat pelajar menyempurnakan tuntutan agama seringkas solat, memaksa akujanji pelajar terhadap ’kerajaan baru’, mengubahsuai kurikulum dengan pendustaan, sehingga kita protes dan tercampak dari universiti!”

Ketika anak-anak muda lain lalai dan sekadar hidup dengan tidak menyedari bagaimana berkaitnya mereka dengan malapetaka yang melanda negara, kami di sini berhimpun untuk menjalin persetiaan dan merangka perancangan. Muslim sejati tidak berpeluk tubuh sedangkan negaranya diperkosa dan ad-deennya dilanyak-lanyak. Cahaya lampu gasolin yang tergantung di bumbung tengah menyuluh kami seadanya. Tidak ada yang mengeluh rimas dalam stor getah lama yang sempit, berkuap, dan masih berbau getah keping walaupun sudah dikosongkan. Agenda kami lebih mustahak.

“Tiada langsungkah rakyat yang mahu menyanggah perbuatan mereka? Bukankah rakyat lantang dengan ‘reformasi’, ‘kuasa rakyat’, dan entah apa-apa lagi sewaktu tokoh pujaan mereka dikeluarkan daripada kerajaan sedikit masa dahulu?”

Pertanyaan Hafiz itu disahut oleh Ruzaini.
“Rakyat sekarang sudah terlalu mabuk dengan hiburan dan kesenangan. Sudah tercantas semangat juang. Penyakit cinta dunia dan takutkan mati menghalang begitu ramai daripada mereka melakukan sesuatu yang dapat diterjemahkan sebagai pengorbanan.”

“Ketika itu, mereka tahu, sedahsyat-dahsyat petaka buat mereka adalah disembur pemedih mata, dibelasah pihak berkuasa, dan disudahi oleh tahanan tanpa bicara. Mereka dan anak isteri tidak akan dibunuh. Harta mereka tidak akan dirampas. Kau ingat kempeitai dan tekikan? Kau tahu MOSSAD, CIA, dan KGB? Sistem persis itulah yang menakutkan sebahagian besar rakyat. Hari ini engkau baru bercakap lantang di kedai kopi, atau mungkin engkau sempat mengatur perjumpaan. Besoknya mungkin kedai kopi itu sudah disita, rumah dan keretamu terbakar entah mengapa, engkau sudah kehilangan kepala, atau anak perempuan dan isterimu tiba-tiba menjadi ‘hidangan lazat’. Cekap sekali mereka bertindak sehingga semua orang tahu apa yang berlaku dan siapa yang melakukannya tetapi tidak ada sesiapa yang punya bukti.” Ummi menambah. Fakta yang realistik daripada dia yang memang mengetahui.

“Dan jangan lupa, orang kita sendiri, pemimpin kita sendiri, menjadi pencacai hina yang melelong anak-anak negeri sendiri, seperti senjata makan tuan, seperti pagar merempuh padi, seperti sokong membawa rebah,” aku mencelah.

“Untuk memulihkan rakyat, kita perlu hapuskan kepemimpinan yang curang. Bersihkan tampuk paling atas daripada kotoran. Ya, mereka punya perisik yang hebat, polis-polis pembunuh yang memacakkan kengerian. Tetapi semua itu bergerak ada ketuanya. Ada pemimpinnya. Seni berperang, sasarkan panglimanya dahulu, biar angkatannya kucar-kacir, dan ketika itulah barisan yang berpegang kepada kebenaran akan bangkit,”
Mukhriz yang dari tadi mendiamkan diri tiba-tiba bersuara. Ruzaini memandang tepat ke arahnya. Mukhriz yang dikenali pendiam dan pemikir yang jarang berbicara tanpa gagasan konkrit.

“Maksudmu?”

“Persidangan Parlimen baru yang pertama dua bulan lagi,”

*****

Daripada dua puluh satu yang berkumpul secara rahsia malam itu, sembilan telah menarik diri. Dengan pelbagai alasan. Aku menghormati pendirian kalian, dan apabila namanya perjuangan, tidak ada jiwa yang akan dikekang dalam landasan atas dasar paksaan. Pergilah andai bagi kalian ada jalan yang lebih baik. Masih ada sahabat-sahabat yang iltizam dengan jalan yang telah dipilih. Kalau aku seorang pun, aku akan teruskan dengan cara aku sendiri. Manusia yang meniti di atas kebenaran itu tidak akan pernah bersendirian.

Ayahku tauke getah, beroperasi di ceruk kampung ini, dengan stornya yang kami jadikan markas kami. Tetapi itu tidak bermakna kami sepi daripada teknologi. Nur Ilham yang layak digelar genius dengan teknologi maklumat merangka komunikasi selamat dengan kumpulan-kumpulan lain yang fikrahnya hampir sama, dari dalam dan dari luar negara. Wujudnya jaringan membuat kami berasa lebih kuat. Lebih hampir dengan matlamat kami. Daripada sahabat-sahabat yang jauh inilah kami memperoleh pengetahuan, kemahiran, dan pendapat berharga. Kerjasama pintar yang diharapkan akan berhasil.

Beberapa pertubuhan, politik dan bukan kerajaan yang diharamkan sejak negara rasmi terjajah telah menyediakan kerangka tindakan sejurus selepas rancangan kami dijayakan, dengan tujuan membina barisan pertahanan dan pentadbiran baru. Inilah yang kami perlukan kerana tidak ada gunanya kemusnahan sekiranya ruang kepada kebangkitan yang tersedia tidak digunakan.

Mukhriz ditugaskan mengetuai operasi mencari maklumat selengkapnya. Fokus kepada aspek teknikal dan mekanikal. Ummi, dengan latar belakang keluarga yang berlegar-legar dalam pentadbiran, tentunya diminta mencari sebanyak mungkin ‘orang dalam’ dan ‘maklumat dalaman’ yang diperlukan. Aku berperanan sebagai setiausaha, merangka pelan tindakan mengikut garis masa, mencatat kemajuan yang dicapai, dan menotakan lompong-lompong yang memerlukan perhatian. Ruzaini adalah koordinator keseluruhan, membuat keputusan dan memimpin kami sebagai sebuah kumpulan.

Bukan calang-calang kejayaan yang diharapkan. Untuk meletupkan Parlimen sewaktu persidangan agung kali pertama berlangsung, ketika turus pentadbiran negara – penjarah sebetulnya – dan orang-orang penting setiap badan yang sudah kotor dengan khianat berkumpul di dalamnya. Sungguh, kami tidak nampak jalan keluar selain ini.

Apa yang kami nampak, mungkin suatu hari nanti nasib yang menimpa saudara-saudara seIslam di jihat tengahan benua, yang warga dunia cukupkan pembelaan dengan lolongan bantahan dan nyanyi-nyanyian, pekik-pekikan di atas pentas seni konon memprotes, akan merundung kepala sendiri. Bayangan pensekularan Turki, pembersihan etnik Bosnia-Herzegovina, dan pemurnian ideologi versi Khmer Rouge tidak jauh daripada imaginasi kami.

Tudinglah jari mengatakan kami pengganas. Militan. Teroris. Pencemar nama baik Islam. Menyalahgunakan nama suci Allah untuk menjadi justifikasi tindakan bertuhankan nafsu dan amarah membabi buta. Katakanlah. Kami sudah jemu mempertahankan diri. Kebenaran itu bersuara dalam bahasanya sendiri yang tidak semua orang memahami.

Aku teringat peristiwa pengeboman di London, beberapa dekad yang lampau. Setiap satu bom terdiri daripada sepuluh paun bahan letupan aseton peroksida buatan sendiri. Dengan kemajuan sekarang, peledak buatan sendiri boleh dihasilkan dengan kecekapan dan kuasa yang jauh lebih tinggi. Kami memerlukan sesuatu yang kecil, tidak menarik perhatian, mudah dibawa, tetapi dengan kuasa ledakan yang mampu menghancurkan ratusan manusia di dalam bangunan itu. Dengan kemahiran yang kami miliki – pelajar cemerlang kejuruteraan dan sains kimia ada dalam kelompok kami – dan tunjuk ajar yang kami peroleh dari segenap sudut, kami yakin kami mampu melakukannya.

Memang, mulanya kami ada terfikir, bahawa ini bukan kerja kami. Kami hanyalah buangan dari universiti, anak-anak muda dengan idealisme, sekelumit kemahiran dan semangat yang berapi-api. Itu sahaja yang kami ada. Letupkan Parlimen? Kerja gila. Mengapa tidak serahkan sahaja kepada yang lebih pakar? Badan-badan yang lebih berpengalaman?

“Kau sendiri yang mengatakan bahawa ini kerja gila. Kerja nekad yang hanya akan dilakukan oleh mereka yang impulsif. Muda dan bertenaga seperti kita. Pengalaman kadang kala membantutkan keputusan kerana terlalu ralit berfikir,” Ruzaini seperti selalu, berbicara retorik. Aku pantas menokok.

“Ungkapan ‘serahkan kepada yang lebih pakar’ itu sudah terlalu sering menjadi ‘serahkan kepada angin lalu’. Saling harap-mengharap sehingga sudahnya tidak ada apa-apa yang berlaku. Kalau diibaratkan perjuangan itu bangunan yang banyak pintu-pintunya, banyak tingkap-tingkapnya, nah satu tingkap ini biar kita yang menjaganya. Dan kita lakukan sesungguhnya tanpa perlu mempersoalkan mengapa kita, mengapa bukan orang lain, mengapa tingkap ini. Kita sudahkan peranan kita dan biar yang lain menyambung dari sudut mereka.”

Semangat memuncak. Halangan-halangan yang mendatang terasa kecil. Bagaimana mahu menerobosi kawalan keselamatan Bangunan Parlimen yang tentunya seketat tembok besi dituang tembaga? Jawapannya didatangkan Tuhan dalam rupa abang Ummi yang tiba-tiba menyerangguh di kaki ibu bapanya memohon ampun. Keinsafan yang datang dari langit, setelah isterinya sendiri dibaham seorang atasan militari dari republik penjarah.

Bersama dendam dan penyesalan dia menjanjikan segala bantuan yang termampu, memudahkan laluan sementelah dia orang terpandang dalam pertahanan negara, yang dipertanggungjawabkan mengawal keselamatan Bangunan Parlimen. Walaupun posisinya tidak utama – penjarah tidak akan memberi kepercayaan melampau kepada anak negeri, hakikatnya mereka memandang anak negeri yang berkhidmat dengan mereka tidak lebih daripada suruhan – setidak-tidaknya laluan menyeludup masuk sudah terbuka.

***

Pintu stor digegar bertalu-talu. Kami panik. Semua mata memandang pintu rahsia yang disediakan khas untuk melarikan diri jika yang tidak terduga berlaku. Hafiz mencapai senapang patah yang digantungkan di dinding, di sebelah rak-rak menggantung getah keping. Siaga. Nur Ilham cekatan mengemas komputer riba dan pita multimedia. Aku sendiri teliti dalam cemas menggulung segala wayar dan peralatan peledak yang tergeletak di atas meja menanti komponen terakhir. Tuhan, lindungi hamba-hambaMu ini!

“Tolong…aku.. Mukhriz..” Ketukan berentak enam kali tanda kod rahsia.
Mukhriz. Bukan tentera atau polis. Itu suaranya. Dalam panik barangkali dia menggegar pintu sebelum mengetukkan kod. Masih awas, Kamalia membuka pintu perlahan-lahan, dengan Hafiz mengacu senapang di belakang. Yang lain-lain bersedia untuk cabut lari.

Memang Mukhriz. Pulang bersama komponen terakhir yang diseludup di perbatasan antara negeri dan kerajaan warisan Mongkut di jihat utara yang selesa disebut wilayah barat oleh penduduk tempatan. Mencungap dia, tersandar lelah di pintu yang sudahpun dikunci rapat. Jantungku berdenyut semakin kencang. Hanya Mukhriz seorang.

Aku nampak darah berselaput di mukanya, aku nampak koyak-koyak pada pakaiannya, aku nampak merah melencunkan kaki dan belakangnya. Perlahan-lahan lantai mula memerah.

“Mukhriz! Mana.. mana Ruzaini? Mana Khairuddin?” Kamalia bertanya panik. Pergi bertiga dan kembali seorang dalam keadaan seteruk itu. Hafiz mengurut-urut pangkal belakang Mukhriz. Darah bercucuran. Tertembakkah? Izyan menyuakan air minuman. Mukhriz mencungap. Patah-patah kata berselang seli dengan nafas yang putus-putus.

Transaksi sudah berlangsung. Tepergok dengan peronda perbatasan. Berpecah. Bersembunyi. Komponen ada bersama Mukhriz. Mereka tahu buruan ada di situ, tidak tahu berapa. Melepaskan tembak. Mengancam. Memujuk. Janji mengampunkan jika menyerah. Sipi-sipi tembakan menggeser daun di celah semak. Khairuddin mengangkat tangan merayu. Mahu serahkan komponen kepada peronda. Dua sahabat lagi terus membatu. Peronda malas berunding lama-lama. Khairuddin dibedil satu, dua, tiga, pejuang yang futur terkejang kaku tidak bernyawa.

Ruzaini nekad keluar dari persembunyian, dengan isyarat mata mengarahkan Mukhriz lari. Selangkah, selangkah, selangkah, mengaku kepada peronda bahawa komponen itu ada bersamanya. Bahawa mereka hanya ada berdua. Seperti serentak, mereka menggeledah Ruzaini seraya menyedari telah terpedaya, lantas bunyi derapan ranting pijakan Mukhriz memecahkan tembelang, das-das peluru meredah celahan batang pokok hutan, satu sipi merodok otot skapula, satu serpih hinggap ke labu betis. Curahan adrenalin memberi kekuatan dia mengatasi kesakitan dan menghambur pulang, perjalanan getir memakan masa empat jam meredah galuran hutan.

Dengan tangan yang kukejapkan jangan menggeletar, aku pelajar perubatan yang dikandaskan pada tahun keempat, dan Hilmi dari tahun ketiga, menuris luka Mukhriz yang sudah diberikan sedatif. Mengeluarkan serpih peluru dan membalut cedera. Kami senyap sepi. Memikirkan Ruzaini, entah hidup entahkan mati. Memikirkan keutuhannya mempertahankan sumpah kerahsiaan.

“Kau rasa Zai akan jual rahsia kita?” Hafiz separuh berbisik. Aku mengejipkan mata, terasa panas air membasahi pipi dan menitik ke bawah dagu.
“Kerinduannya adalah untuk syahid. Dia mujahid sejati yang tidak akan menggadaikan perjuangan walau dengan apa ugutan sekalipun,”

Aku terbayang titik-titik hitam di Teluk Guantanamo, Cuba. Di Penjara Abu Ghurayb. Di penjara-penjara Mesir yang mengunci jasad para Ikhwanul Muslimin tetapi gagal memenjarakan jiwa mereka. Ruzaini, andai engkau masih hidup dan dalam genggaman mereka, semoga Tuhan mengurniakan engkau keteguhan sekuat mujahid yang diuji imannya di sana. Andai engkau selamat, ketahuilah kami menanti, kerana separuh hayat perjuangan ini seperti lumpuh tanpa engkau yang meniupkan semangat dan memimpin penuh wibawa.


Gambar Hiasan

Andai engkau syahid, selamatlah rohmu terbang ke pangkuan bidadari, aku mengimpikan bertemu di taman sana nanti. Mungkin di dunia ini tidak ada waktu untuk kita menunaikan janji.

***

Petang 30 Ogos. Tampuk kepimpinan telah kuambil alih kerana Ruzaini tidak pernah pulang, dan aku yakin tidak pernah mengkompromikan kesetiaan. Tugas yang asalnya milik Ruzaini, telah aku sanggupi. Tanpa ragu-ragu.

Kuning cahaya petang, berkilau-kilau di permukaan air sungai yang berolak.
Aku bersila di atas pasir lembap, menyantapi keindahan maya, mungkin buat kali terakhir. Apakah yang telah aku gadaikan demi perjuangan ini?
Cita-citaku untuk menyertai barisan perawat profesional, mengungguli arena perubatan dengan sistem yang Islamik dan mesra rakyat, walaupun belum hancur sudah menemui jalan buntu. Aku sudah tidak nampak bayangan mahligai bahagia di dunia yang pernah aku impikan bersamanya, yang kami tangguhkan dan kesampingkan demi perjuangan. Ini semua harga yang dituntut apabila seorang insan mengaku dirinya pejuang. Harga yang kami kongsi bersama dalam satu perjuangan.

“Tak apalah kalau kita tidak dapat mengejar semula bulan yang dicampakkan kembali ke langit, kerana kita memburu bintang yang bergantungan di laman syurga,”

Aku cuba menyatukan diri dengan angin, limpahan sungai dan kilau-kilau cahaya petang. Kuhela nafas dalam-dalam, menyedut udara petang yang beraroma lumpur, pasir, dan belukar, mungkin buat kali terakhir. Aku biarkan kata-kata Ruzaini itu menjalari setiap denyut nadiku, meminjamkan kekuatan kepada nafas-nafasku yang kadangkala sesak.

Setitis demi setitis air mata menuruni pipi. Bahuku mula bergoncang dengan sedu-sedan. Aku tidak menyesal melakukan semua ini. Mungkin aku akan hidup, mungkin tidak lagi selepas esok. Mati atau tidak, ke syurga atau ke neraka sesudah itu, aku serahkan kepada Tuhan yang berhak menentukan dan Maha Mengetahui.

***

Pagi 31 Ogos. 31 Ogos yang lepas-lepas menyaksikan perayaan kemerdekaan besar-besaran, perarakan yang menelan pembaziran. Riang-ria rakyat yang meraikan kemerdekaan tanpa sekelumit pengertian apatah lagi kesyukuran. Tengah malam 31 Ogos semalam dihiasi oleh tahajud dan munajat kami yang tinggal sebelas orang, diimamkan Mukhriz yang semakin pulih.

“Anais, kami doakan kau berjaya, selamat pergi dan selamat kembali,”
Pelukan dan semangat sahabat-sahabat menyemarakkan keazamanku. Sebak kutahankan. Ini bukan waktunya untuk menangis mengongoi. Akulah satu-satunya manusia yang memikul amanah ini.

*****

Peledak sepanjang enam inci, seberat 3.5 paun kusembunyikan di dalam pakaian, kubelitkan ke paha kiri. Menyeludup masuk sebagai petugas kebersihan, kalau tanpa bantuan abang Ummi dan beberapa rakannya, logiknya aku tidak akan dapat melepasi halangan sekuriti. Nur Ilham berjaya menceroboh pangkalan data Kementerian Pertahanan dan memasukkan butir-butir peribadiku yang dipunggah dan diubahsuai dari pangkalan data universiti. Kad pengenalan diri palsuku menyempurnakan muslihat untuk menerobos masuk. Syukur mereka masih membenarkan petugas jembelan bertudung. Konon memperlihatkan toleransi, sedangkan hakikatnya mereka ingin mengkhabarkan kepada dunia, selekeh itulah taraf wanita bertudung.

Debar menggegar dada. Aku sudah berada di dalam. Penyaman udara dan lantai marmar berkilat. Mewah. Mereka di sekelilingku – manusia-manusia dengan kot dan sut, sibuk berbincang-bincang, bergelak ketawa sesama sendiri, bertukar-tukar fail dan memo, menanti persidangan sulung yang akan dimulakan sejam lagi. Benci meluap. Inilah dia pencabul-pencabul yang memperkosa negaraku. Penzalim-penzalim yang menghina ad-deenku. Mereka tidak mempedulikan aku, perempuan Melayu becermin mata dengan wajah kosong usang selayaknya tukang cuci. Mungkin sekali mereka menganggap aku yang muda ini salah seorang ciciran yang terlalu bodoh untuk meneruskan pengajian, seperti pribumi negara ini yang amnya tiada yang pintar. Itupun kalau mereka perasan kehadiran aku.

Mengikut perancangan, aku akan meletakkan peledak itu di dalam tandas yang paling hampir dengan pentas dalam dewan utama persidangan. Dua minit sebelum persidangan rasmi bermula. Semua tetamu sudah mengambil tempat. Masuk ke tandas yang dikhususkan untuk tamu-tamu penting, atas alasan penyenggaraan. Mengeluarkan peledak sepanjang enam inci dan mengikatnya kepada batang paip. Menetapkan pemasa.

Tiga minit tiga puluh saat. Dalam masa itu aku harus keluar daripada bangunan ini, atau setidak-tidaknya dewan ini. Kalau tidak aku akan berkecai sama seperti mereka semua.

Keluar dari tandas. Merentasi dewan, meniti laluan di belakang cecincin bertingkat-tingkat. Persidangan sulung ini istimewa, bukan hanya ahli-ahli dewan, tetapi juga turus pentadbiran baru yang memegang pelbagai kementerian dan badan berkanun. Wakil agung republik jihat baratan turut hadir. Pengerusi majlis memulakan persidangan. Detik-detik genting ini seolah-olah merangkak secara gerak perlahan. Saat demi saat seolah-olah dapat aku rasai berlalunya, satu demi satu seperti titisan air dari stalagmit di bumbung gua. Aku begitu sedar dengan nafas yang kutarik dan kuhembus.
Dalam kepala nampak pemasa berdetik. Walaupun aku melangkah cepat-cepat, lantai di bawah kakiku seperti bergerak sehingga aku tidak maju lebih dari seinci, pintu keluar seperti terlalu jauh. Sempatkah?

Tiba-tiba. Abang Ummi. Dipegang tiga pengawal bersenjata. Pecah tembelang? Aku kerling sekilas ke arah kerusi agung di hadapan, pengawal bersenjata semakin ramai, mata awas siaga, kawalan paling ketat di sekeliling Presiden baru dan wakil republik jihat baratan. Aku harus bersembunyi. Aku harus lari. Ke mana? Tiga minit lagi. Pintu keluar terdekat dihalang. Aku terpaku sejenak. Dua minit lima puluh lima saat. Tangga kecemasan. Pilihan yang jauh lebih berisiko kerana kawalan yang tidak terdiri daripada rakan subahat. Aku berpusing dan menapak pantas ke arah berlawanan. Jantung mahu melompat keluar dari dada. Genggam kad pengenalan palsu.

“Kamu! Berhenti!”
Tuhan. Aku melajukan langkah. Pura-pura tidak perasan. Pura-pura menjangka panggilan itu untuk orang lain. Tangan kasar memaut bahuku. Dua pengawal bersenjata. Terbayang pemasa. Dua minit empat puluh saat.

“Tunjukkan kad pengenalan diri,” getaran pada tanganku gagal disembunyikan. Kad pengenalan jatuh.

“S..saya tak bersalah, tuan, tolong, tuan,” membeli masa, sesaat pun begitu berharga. Prioritiku sekarang adalah melengahkan detik pengumuman dibuat untuk evakuasi, bukan lagi untuk aku menyelamatkan diri. Kalaupun aku tidak sempat lari, biarlah peledak itu sempat meletupkan dewan ini dengan kemusnahan maksimum.

“Cepat!” aku membongkok, perlahan-lahan mengambil kad dan menyerahkannya kepada pengawal. Dua minit tiga puluh saat. Dia merampas kad daripada tanganku.

Pengimbas elektronik. Aku tidak tahu mereka mengenalpasti kepalsuan identitiku atau tidak. Kasar aku diheret ke satu sudut, bilik persis stor di muka tangga kecemasan. “Geledah dia.” Seorang lagi menggunakan alat komunikasi, memberi arahan-arahan kepada rakan-rakannya. Dua minit.

“Tolong tuan, saya tak tahu apa-apa tuan,” aku meronta-ronta, lagak ketakutan, walaupun hati meluap amarah. Tudung di kepala direntap. Geledah sekujur badan. Hati bertalu zikir. Tiada apa-apa mereka temui.

Satu minit sepuluh saat. Sempatkah aku menghambur turun, sekurang-kurangnya peluangku hidup lebih besar jika tidak berada di dewan utama ini.

Lima puluh lima saat. Mereka berdua seperti alpa.

Dengan kalimah bismillah dan syahadat di bibir, aku merempuh mereka berdua, pandangan mata tertancap ke tangga kecemasan, bersedia untuk berguling turun ke bawah agar lebih cepat sampai dan mengelakkan tembakan.

Tenaga perempuanku tidak terlawan kekuatan orang yang cuba kurempuh, lenganku ditarik dan dipulas, aku meraung dengan kesakitan tidak terperikan, masih meronta, satu tangan kasar menempeleng, dunia menjadi semakin kabur, masa merangkak dalam gerak perlahan, betisku dipijak dari belakang dengan but, lutut terhentak meretak ke simen keras, meraung lagi, dalam sengsara nampak wajah Ruzaini bermandi cahaya, nampak sahabat-sahabat melambai-lambai dengan senyum ceria, nampak senyum ayah dan ibu yang sempat kucium tangan mereka meminta restu, terdengar laungan azan dari menara masjid yang sudah lama menyepi, nampak pemasa berdetik, sepuluh saat, lima saat,


“Allaaahuakbar!!”


—-Tamat—-


  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: